Wednesday, May 26, 2010

Kerja Baru

Sudah 3 minggu di tempat baru, suasana baru, cara kerja baru dan yang pastinya saya sangat seronok disini.

Setiap hari bertemu dengan pelbagai orang yang pelbagai ragam. Ini semua mematang dan menghiburkan saya. Paling terkesan di hati saya dengan kegigihan seorang oku yang telah berjaya menghasilkan sebuah buku puisi. Kelahirannya ke dunia dengan keadaan yang tidak sempurna seperti insan-insan lain bukan penghalang untuk beliau menghasilkan puisi-puisi yang indah.

Saya ingin menjadi seperti dia yang punya kesungguhan dan kegigihan untuk mendepani hidup. Tidak mengalah dengan kekurangan yang ada.

Di tempat baru ini juga saya merasakan kurang tekanan berbanding dengan tempat lama saya. Jika di tempat lama, bos saya sering menelefon tanpa mengira masa untuk mendpat makluamt tentang kerja, berbeza disini, saya hanya menumpukan kerja-kerja saya hanya di waktu kerja sahaja. Habis waktu pejabat saya boleh menumpukan kepada kerja-kerja lain tanpa ada rasa tekanan.

Sebenarnya diri saya yang tidak mampu menjadi seperti bos saya yang lama. Sangat kental dan gigih semangatnya dalam melakukan kerja..bukan seperti saya yang lembik dan cepat bosan dengan satu2 kerja...

No comments: